Tuesday, November 23, 2010

sungguh aku rindu

  • Kenangan biarkan saja ianya berlalu kerana aku tahu kenangan itu pasti tidak boleh diputarkan kembali . namu , kenangan itulah yang sering menjadi iguanku setiap hari . kenangan kau dan aku pasti akan tersemat dalam ingatanku sampai bila-bila .
  • Masihku ingat ketika itu , disaat-saat kau ingin memulakan perkenalan dengan ku . saat itu aku menjauhkan diri daripada kau . yela...kau tak hensem bagiku . aku pula boleh dikategorikan seorang yang agak memilih ketika itu . berkat kesabaran kau ingin bersama dengan ku , akhirnya hatiku ini lembut juga untuk menerima kau sebagai kekasihku .
  • Saat itu dunia bagaikan kita yang punya . setiap masa yang terluang , pasti kita akan habiskan bersama . semua tempat penuh dengan nostalgia yang kita ukir bersama-sama setiap saat aku ingin bersama dengan kau . aku tidak mampu untuk berjauhan dengan kau lagi .
  • Atas kesebukan belajar , kau tiada mas lagi untuk aku . aku cuba untuk memahami diri kau , tapi kenapa kau tidak cuba untuk memahami diriku ? kau tahu betapa rindunya aku pada kau . kenapa kau mula menjauhkan diri dariku ? dan saat yang pasti , kau hilang tanpa meninggalkan aku sebarang pesan ? kau ke mana ? aku rindu gelak tawa kita bersama .
  • aku rindu saat kau memahami diriku . aku rindu kau yang dulu . aku tak mampu hidup tanpa dirimu . hari-hari yang aku lalui sekarang hanyalah bersandarkan pada kenangan kita . kenangan yang akan abadi dalam ingatanku ini setiap detik .
about i and muhammad lokman hakim :((

No comments:

Post a Comment